Kehidupan peribadi Fizo_Omar

Pada 29 Oktober 2013, Fizo telah melamar Mawar Abdul Karim didalam sebuah panggung wayang di Cathay @ e-Curve, Damansara kira-kira jam 12.30 tengahari.Kejutan lamaran itu turut disertai pihak media, kenalan rapat dan ahli keluarga Mawar tanpa pengetahuan Mawar sendiri. Idea lamaran ini dirancang hanya dalam tempoh 3 hari dan nampaknya membuahkan hasil serta mencipta kenangan terindah buat mereka berdua [6]. .

Pada 10 November 2013, Fizo Omar selamat bergelar suami kepada Mawar Abdul Karim dengan sekali lafaz kira-kira jam 9.32 pagi di Country Heights, Kajang. Beliau diijabkabulkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat Ustaz Mohd Arif Abdul Samat berwalikan Hakim Pejabat Agama Islam Hulu Langat dengan mas kahwin berjumlah RM506 [7].

Majlis pernikahan ini menyaksikan pihak lelaki memberi tujuh dulang hantaran yang berupa mas kahwin, jam tangan, tas tangan, kasut, cincin berlian putih, motosikal, jongkong emas bertulis ‘Fizo Love Mawar’ seberat 1.011 kilogram [8].

Manakala pihak perempuan pula membalas dengan hantaran yang mewakili tas tangan lelaki, jam tangan, kaca mata hitam, kasut, 2 naskah Al-quran, komputer riba, cincin, plat motosikal WWF120, jaket, dan motosikal berkuasa tinggi. Majlis resepsi atau persandingan akan diadakan di Kelantan, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur selepas mereka pulang dari berbulan madu di Eropah.

Pada 10 Julai 2019, Fizo dan Mawar bercerai talak satu. Mereka melafazkan di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi.[9][10] Fizo dan Mawar sebelum ini menafikan desas-desus mengenai rumahtangga mereka.[11]

Rujukan

WikiPedia: Fizo_Omar http://beliabangkit.blogspot.com/2012/05/info-biod... http://mohdyunus89.blogspot.com/2011/11/fizo-omar-... http://www.imdb.com/name/nm4460136/ http://www.liriklagumuzika.com/2010/03/biodata-pro... http://www.melvister.com/2013/11/gambar-kahwin-fiz... http://www.nizarazu.com/sekitar-gambar-perkahwinan... http://ohartis.com/2013/10/fizo-omar-lamar-kekasih... http://www.kosmo.com.my/hiburan/perceraian-bukan-p... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&d... http://www.kosmo.com.my/terkini/fizo-mawar-sah-ber...